Insan Bernama Kekasih – UNIC
Nghệ sĩ: UNIC
Hợp Âm Chuẩn
...Debar hatiku ...membisik rindu
...Ingin aku katakan, kau gadis idaman, uh-uh
...Adakah mungkin ...kau ku miliki
...Untuk aku jadikan insan bernama kekasih?
Keayuan yang tergambar lukisan Nur Iman
Bersulamkan keindahan, santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang untuk ku melafazkan cinta?
Umpama rembulan jatuh ke riba mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa
Pada-Mu, oh, Tuhan (pada-Mu, Tuhan)
Ku memohon keredhaan nur kasih yang ku damba (oh-oh)
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta, kebaikan dari-Nya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya
Ku sampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang untuk ku melafazkan cinta?
Umpama rembulan jatuh ke riba mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa
Kau ku sayangi, teman sejati
Dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih